Thursday, 12 May 2016

Ramadhan bakal menjelang

Assalammualaikum..

 Alhamdulillah..  semasa catatan ini saya taip, ramadhan akan datang tidak lama lagi iaitu kira-kira 24 hari lagi. Semoga kita d beri umur yg panjang dan kesihatan yang baik untuk melaluinya... amin..
 Dalam pada itu, ingin di maklum kan bahawa tempahan baju raya untuk tahun ini telah pun di tutup semenjak mac 2016 lagi.Alhamdulillah tahun ini rezeki tempahan raya agak baik berbanding tahun2 sebelum nya.. walaubagaimana pun ,tempahan untuk bulan 8 suda pun dibuka.
 Perkhidmatan jahitan di area bandar botanik tidak terhad pada  seorang tailor sahaja. Jika anda menghubungi saya pada masa ini untuk tempahan raya , saya akan memperkenalkan anda kepada rakan2 tailor yang lain untuk tempahan. Ramai pelanggan yang bertanya , dimanakah kedai kami. Namun untuk pengetahuan, kami hanya beroperasi dari rumah dan sebab itu lah harga yang kami tawarkan masih mampu milik kerana bajet dapat dijimat kan bila mana kami tidak perlu untuk menyewa kedai.. Kepada yang berminat untuk menempah boleh la whatsapp saya di nombor 011 31661384(Jie)













Thursday, 18 February 2016

HARGA UPAH TERKINI

Berikut adalah harga upah terkini Jie Tailor. Harga upah ada lah mengikut harga semasa dan boleh di naikkan pada bila2 masa tanpa sebarang notis.Harga yang diberikan adalah harga baju standard .Harga  akan berubah mengikut jenis kain, fesyen baju , saiz badan dan tambahan2 pada  fesyen baju. Harga berbeza2 mengikut Tailor. so, customer mempunyai pilihan untuk memilih Tailor terbaik mengikut pandangan masing2. Perbndingan  harga antara  harga saya dan harga tailor lain tidak akan di layan. Adalah lebih baik berbincang harga dahulu sebelum menghantar kain untuk tempahan.

*Harga yg tertera di atas ada lah untuk harga saiz L kebawah. XL dan keatas , rm10-15 akan ditambah daripada harga asal.

*Saya juga menerima oter (alteration). Harga bergantung kepada jenis oter yg dikehendaki. adalah digalakkan anda me "WHATSAPP" saya terlebih dahulu sebelum menghantar pakaian untuk mengelakkan sebarang kekeliruan harga..


TERIMA KASIH








Friday, 22 January 2016

Sedia menerima tempahan pelbagai jenis baju


Assalamualaikum !!!

  Sebelum ini, hasil jahitan saya di perkenalkan di  Belog Kathy @  http://kathyrbain.blogspot.my .Tetapi agak sukar untuk update blog dan hasil jahitan terbaru maka saya terpaksa merajinkan juga diri untuk membuat blog yang khas untuk mempromosikan hasil jahitan saya.  dan kerana kekangan masa saya hanya copy paste sahaja maklumat dri belog kathy.. Sorry naa..hihi..

 Anda penduduk area Bandar Botanik Klang? Anda tidak pandai menjahit? Anda perlukan tukang jahit untuk menjahit baju raya anda,langsir baru anda? Jangan bimbang,Jie Tailor boleh selesaikan masalah anda ini.
Jie Tailor beroperasi di rumah,menyediakan pelbagai perkhidmatan jahitan kepada anda. Dengan bayaran yang sangat berpatutan dan munasabah,pastinya anda tidak akan menyesal berurusan dengan pihak Jie Tailor.

Antara servis jahitan yang di sediakan  oleh Jie Tailor ialah:-
  • Baju kurung wanita
  • Baju melayu lelaki
  • peplum
  • Jubah wanita/ kanak-kanak
  • Jubah lelaki/kanak-kanak
  • Dress
  • T-shirt muslimah 
  • Baju mengandung 
  • Blouse 
  • Baju keraian istimewa/ bermusim
  • Aneka jenis langsir
Servis Lain:-
  • Label Baju / Tudung 
  • Repair / oter seluar 
  • Jahit tepi
Harga:-
Berpatutan [ harga boleh runding jika tempahan jahitan banyak]
Polisi:-
Buat sehabis baik. Jahitan kemas dan tip top.[Untuk yang oder banyak - Jika mahu siap cepat,jangan harap jahitan kemas. Jika mahu jahitan kemas,jangan harap siap cepat.]
Nota: Membuat tempahan awal adalah lebih baik,terutama bagi yang ingin menempah jahitan banyak.
                 

                  ANEKA JENIS PAKAIAN





































                   ANEKA JENIS LANGSIR




 Kepada yang ingin membuat tempahan boleh la hubungi saya..
   * Whatsapp:  011 31661384
   

              TERIMA KASIH DAUN KELADI